Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 NOTIS PERINGATAN PENGGANTIAN CEK TAK LAKU (CTL) SEHINGGA 31 MAC 2023

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

2.         Sepertimana pihak YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan sedia maklum, merujuk kepada Lampiran E1 para 3.2 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 3 Tahun 2019, Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan cek / bank draf / kiriman wang / wang pos gantian tidak lewat daripada 7 hari selepas menerima maklumat penolakan di Laporan Senarai Cek Tak Laku di sistem iGFMAS. Berdasarkan semakan jabatan ini didapati PTJ YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan mempunyai Cek Tak Laku (CTL) yang masih belum diganti seperti senarai di Lampiran A.

3.         Sehubungan itu, kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan penggantian CTL dengan kadar segera. Sebagai panduan pihak YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan boleh merujuk kepada SPANM Bil. 3 Tahun 2019, Lampiran E1 - Tatacara Penggantian Cek Tak Laku untuk tindakan penggantian CTL tersebut. Bagi CTL yang telah dibuat penggantian, sesalinan Resit Gantian Cek Tak Laku berkenaan hendaklah dikemukakan ke emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk tindakan susulan jabatan ini.

4.         Selain itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puanjuga adalah diingatkan untuk sentiasa menyemak dan memantau Laporan Daftar Cek Tak Laku secara harian. Garis Panduan Dalaman juga hendaklah disediakan bagi memastikan CTL dapat dikutip balik dengan segera dan mengelakkan berlakunya tunggakan.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan bolehmenghubungi Puan Norhayati binti Seman di talian 07-2249244 samb 1051.

5.         Perhatian dan tindakan daripada pihak YBhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai.

 

 

Sekian terima kasih.

Muat turun : NOTIS PERINGATAN  CTL MAC 2023 DISINI