Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2019 Arkib Pengumuman 2019 PENGGANTIAN EFT SEBANYAK 6,221 DISEBABKAN MASALAH TEKNIKAL BAGI BATCH BAYARAN JH1, JH2 DAN JH3 BERTARIKH 6 OKTOBER 2019
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
PERHATIAN KEPADA: SENARAI PTJ SEPERTI LAMPIRAN 1
 
Tuan / Puan,
 
PENGGANTIAN EFT SEBANYAK 6,221 DISEBABKAN MASALAH TEKNIKAL BAGI BATCH BAYARAN JH1, JH2 DAN JH3 BERTARIKH 6 OKTOBER 2019
 
Untuk makluman pihak tuan/puan, telah berlaku masalah teknikal semasa proses payment run bagi batch JH1, JH2 dan JH3 yang diproses pada 6 Oktober 2019. Sebagaimana maklum balas yang diberikan melalui log incident yang telah dilaporkan pada 6 Oktober 2019, semua transaksi EFT (Lampiran 1) bagi batch tersebut perlu dibatalkan dan proses pembayaran perlu dilakukan semula melalui modul Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan – Bayaran Balik EFT Batal (K9).   
 
2.    Sehubungan itu, semua proses pembayaran penggantian EFT di Lampiran  1 akan dilaksanakan diperingkat JANM Negeri Johor dengan capaian/peranan sebagai penyedia, peraku 1 dan peraku 2 di PTJ yang terlibat. Oleh itu dimohon pihak PTJ untuk TIDAK mengambil sebarang tindakan keatas mana-mana dokumen dalam Senarai Tugas Harian (STH) yang terlibat dengan proses penggantian EFT tersebut agar proses pembayaran dapat dilaksanakan dengan segera dan tepat. Sesalinan dokumen penggantian tersebut akan dihantar kepada pihak PTJ sebagai rujukan dan simpanan. 
 
3.    ​Kerjasama dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak PTJ di dalam memastikan kelancaran proses pembayaran bagi 6,221 transaksi EFT ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
Unit Pengurusan Dana
JANM Negeri Johor