Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI/ CAWANGAN TAHUN 2021
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
 
Seluruh PTJ di bawah Seliaan JANM Negeri Johor,
 
Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2021
 
Dimaklumkan satu Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2021 akan diadakan bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2021. Sehubungan itu, semua PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan adalah dijemput untuk menjawab kajian ini.
 
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di JANM Negeri/ Cawangan termasuk Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF).
Link Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2021 adalah
 
https://forms.gle/FL1A5J4CKDiuzgH38

Jabatan berharap untuk semua PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan menjawab kajian ini dalam tempoh yang ditetapkan dan seterusnya matlamat kajian ini dapat dicapai.

Sekian, terima kasih.
 
JANM Negeri Johor