Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 TARIKH AKHIR PENYERAHAN DOKUMEN TUNTUTAN BAYARAN BALIK HASIL (BBH) UNTUK TAHUN 2021
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
 
 

2.           Seperti yang Pihak YBhg.Dato/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, penutupan akaun tahunan bagi tahun 2021 akan dilaksanakan pada bulan Disember 2021. Memandangkan ianya semakin hampir dan tarikh akhir penyediaan dokumen kewangan tahun 2021 masih belum diterima daripada Kementerian Kewangan maka Pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor (JANM Johor) telah mengambil langkah kawalan dalaman sebagai persediaan awal dengan menetapkan Tarikh Akhir Penyerahan Dokumen Tuntutan Bayaran Balik Hasil (BBH) adalah pada 21 November 2021. (Tertakluk kepada perubahan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia berkaitan Tarikh Penutupan Akaun Tahun 2021)

 
3.          Sehubungan dengan itu, Pihak YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan   adalah diminta untuk mematuhi tarikh akhir tersebut. Dokumen yang dihantar selepas tarikh tersebut akan diproses pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat  keperluan khas, YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan  boleh hubungi  Ketua unit Akaun, Pn Nirmala Devi a/p Thirumalai di talian 016-7255004 dan Puan Azianty Bt Yunos di talian 018-7709433 untuk dipertimbangkan.
Sekian terima kasih.
 
UNIT AKAUN
JANM JOHOR