Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 GPKI MAMPU VERSI 3.0

 

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

 

2. Dimaklumkan iGFMAS telah berjaya melakukan penambahbaikan dan pengujian di Development, Pre Production dan Pilot Site bagi penggunaan agen GPKI MAMPU versi 3.0.

 

3. Dipohon YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, membuat hebahan kepada pengguna Pejabat Perakaunan masing-masing untuk memuat turun dan mengemaskini pemasangan MAMPU GPKI AGEN 3.0 Release 1.0.0.1 (release terbaharu), yang boleh diperolehi dari portal MAMPU GPKI (https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal/) bermula 8 Februari 2021 (Isnin).

 

4. Semasa pelaksanaan penggunaan agen GKPI 3.0 Release 1.0.0.1 oleh pengguna iGFMAS, dipohon log tiket di service desk iGFMAS sekiranya terdapat ralat supaya Team Authorization(Aplikasi) dan Team Sekuriti (Teknikal) di BPTM, JANM dapat membantu menyelesaikan isu yang dihadapi oleh pengguna.

 

Kerjasama dan perhatian bagi perkara ini didahului terima kasih.

 

Terima kasih.

 

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul ​

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

A'iniah Binti Kamarudin

Unit Authorization

Seksyen Pengurusan Pelanggan

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

 

E : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

T : 03-88821151​