Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PENGECUALIAN ARAHAN PERBENDAHARAAN/ ARAHAN PERBENDAHARAN/ ARAHAN LAIN YANG BERKUATKUASA DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,

PERTANYAAN BERKAITAN PENGECUALIAN ARAHAN PERBENDAHARAAN/ ARAHAN PERBENDAHARAN/ ARAHAN LAIN YANG BERKUATKUASA DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Bersama-sama ini disertakan Soalan Lazim (FAQ) pengecualian Arahan Perbendaharaan (AP), Pekeliling Perbendaharaan (PP), Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) dan arahan operasi yang telah diedarkan oleh BPOPP melalui emel rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2020 (46) bertarikh 11 April 2020 dan surat pengecualian MOF rujukan MOF.BSKK 600-2/2/3 Jilid 4(46) bertarikh 9 April 2020.

2.    Berdasarkan keadaan semasa gelombang pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir sehingga kini, terdapat Kementerian atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang diarahkan tutup ataupun tidak dapat menjalankan operasi dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, pengecualian AP, PP, SPANM dan arahan operasi ini terpakai jika PTJ tidak dapat menjalankan operasi dengan arahan daripada Ketua Jabatan berikutan pandemik Covid-19. Walaubagaimanapun PTJ hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Perakaunan berhubung dengan operasi-operasi yang tidak dapat dijalankan bagi tujuan pemantauan.

3.    Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh Tuan/ Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Muat turun : Surat Kelulusan Pengecualian APPP Bagi Kew Perakaunan Dalam Tempoh PKP DISINI

Muat turun : KEMASKINI JANM FAQ PKP Permohonan Pengecualian SPANM Berkaitan dan Arahan Operasi (1) (1) DISINI