
Sabtu, 1 Ogos 2026 – Unit Wang Tak Dituntut (WTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor telah membuka reruai WTD bersempena Program Madani Kita Bersama Komuniti Stulang, Johor Bahru yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Pangsapuri Desa Dato' Hajah Hasnah, Johor Bahru.
Program berskala komuniti ini telah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor.
Reruai kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru, YBhg. Datuk Mohamad Azhan Bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara, Puan Suraya Wen, Pengarah Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dan Puan Hajah Nurul Akmalina binti Haji Shamsuddin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 476 pengunjung melibatkan komuniti Stulang dan penduduk setempat.



