YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,
Penghantaran pengesahan laporan di igfmas – sijil pengesahan baki vot, amanah dan hasil bagi bulan April 2019.
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 7 Tahun 2018.
2. Sepertimana YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan sedia maklum, Jabatan adalah diingatkan untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki Vot, Amanah dan Hasil bulan April 2019 selewat-lewatnya pada 14 Mei 2019 (Selasa). Kelewatan atau kegagalan pihak YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan mengemukakan Sijil Pengesahan Baki tersebut pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan ketidakpatuhan kepada Arahan Perbendahraan 143(b) dan teguran di dalam Laporan Audit Tahunan diperingkat persekutuan.
3. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di Unit Akaun iaitu Pn. Nur Azlina Bt Abdul Rahman (Vot & Hasil) dan Pn. Siti Shaida Bt Sukerman (Amanah & Deposit) di talian 07-2249244 samb 1157 /
4. Kerjasama dan tindakan YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
"Pertingkat Inovasi Terokai Tranfomasi Kuasai Globalisasi"
UNIT AKAUN
JANM JOHOR