Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

 

EFT BATAL APRIL 2019

SURAT PERINGATAN EFT BATAL 2019


YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

PERINGATAN PENGGANTIAN PINDAHAN DANA ELEKTRONIK (EFT) DITOLAK   BAGI APRIL 2019

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 7 Tahun 2018 bertarikh 24 Oktober 2018 adalah berkaitan.

 

2.         Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan, PTJ bertanggungjawab untuk menyemak dan membuat penggantian/ pelarasan bagi Pindahan Dana Elektronik (EFT) Ditolak. Tindakan penggantian/ pelarasan hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari selaras dengan arahan SPANM Bil 7 Tahun 2018.

 

3.         Sehubungan itu, sehingga pada tarikh surat ini dikeluarkan, terdapat PTJ yang masih belum membuat penggantian/ pelarasan seperti senarai di Lampiran A. Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk membuat tindakan penggantian/ pelarasan dengan SEGERA.  PTJ juga bertanggungjawab untuk menyemak dan memantau Laporan Terperinci Cek/ EFT Batal secara harian bagi mematuhi peraturan yang berkuatkuasa. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Khairus Salwa Bt Mohd Samsuri di talian 072249244 samb 1062.

 

4.         Kerjasama dan tindakan segera YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengambil tindakan berhubung perkara ini didahului ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

"Pertingkat Inovasi Terokai Tranfomasi Kuasai Globalisasi"

 

UNIT AKAUN

JANM JOHOR