Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,
Adalah dimaklumkan Taklimat Skim Penolong Akauntan yang berkhidmat di Jabatan Perketuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Johor akan diadakan pada 07 Oktober 2019 (Isnin) di Dewan Malaysia Productivity (MPC), Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Dikemukakan Surat Jemputan Taklimat, Tentatif Program dan Borang Pengesahan Kehadiran untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Mohon kerjasama tuan/puan untuk memanjangkan pemakluman ini kepada Ketua Jabatan masing-masing. Borang Pengesahan Kehadiran perlu dikembalikan kepada PIC Seperti di Senarai Edaran selewatnya pada 01 Oktober 2019 (Selasa).
Sekian terima kasih.
SURAT TAKLIMAT SKIM PEN. AKAUNTAN 2019
Urusetia Taklimat
JANM Negeri Johor
26 September 2019