Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI/ CAWANGAN 2019
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa JANM sedang mengumpul maklum balas pelanggan JANM Negeri dan Cawangan melalui Kajian Keberkesanan Perkhidmatan melalui link seperti berikut:
Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2019: https://forms.gle/hSs9ickLFQ69eThP6
Tuan/ Puan selaku pelanggan (PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan) JANM Negeri Johor dijemput untuk menjawab Kajian Keberkesanan ini. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian dapat dilaksanakan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan. Tarikh tamat kajian ini adalah pada 8 November 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang.
3. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk menjawab kajian ini bagi menambah baik mutu perkhidmatan JANM Negeri/Cawangan. Kerjasama dan tindakan awal tuan/ puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih