Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semua Pusat Tanggung Jawab (PTJ) Negeri Johor
YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,
PERINGATAN KEATAS AKAUN belum terima (abt) A0481101.
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 3 Tahun 2019.
2. Semua PTJ adalah diingatkan untuk menjana dan menyemak Laporan Invois Terperinci,Laporan Terperinci Usia Hutang dan Laporan Dokumen Pelanggan melalui sistem iGFMAS pada setiap minggu.
3. Hasil semakan kami mendapati terdapat invois tahun sebelum 2019 masih tidak dikutip oleh PTJ.Mohon tindakan semua ptj yang berkenaan agar mengutip bayaran dengan kadar segera.
4. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di Unit Akaun iaitu Puan Nirmala Devi a/p Thirumalai samb 1149 dan Pn. Nur Azlina Binti Abdul Rahman samb 1157 atau boleh diemailkan pada
4. Kerjasama dan tindakan YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
PERINGATAN ABT SEHINGGA 31.12.2019
"Pertingkat Inovasi Terokai Tranfomasi Kuasai Globalisasi"
UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI JOHOR
13.01.2020