Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 3 Tahun 2019 adalah berkaitan.

2.         Sebagaimana tuan sedia maklum, PTJ bertanggungjawab untuk menyemak dan memantau penggantian CTL bagi mengelakkan berlakunya tunggakan. Tindakan penggantian hendaklah dilakukan dengan segera tidak lewat dari tujuh (7) hari.

3.         Sehubungan itu, tuan hendaklah membuat tindakan pengantian CTL seperti senarai di Lampiran 1, selewat-lewatnya pada 15 November 2021 (Isnin). Sukacita untuk diingatkan, adalah menjadi tanggungjawab PTJ untuk menyemak dan memantau Laporan Daftar Cek Tak Laku secara harian. Garis panduan dalaman juga wajar diwujudkan bagi memastikan peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi. 

4.         Bagi panduan pengantian CTL, PTJ boleh merujuk kepada SPANM Bil 3/2019, Lampiran E1 - Tatacara Penggantian Cek Tak Laku. 

5.         Mohon kerjasama pihak tuan untuk mengemukakan sesalinan resit gantian cek tak laku berkenaan ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

untuk rujukan pihak kami. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Wan Ahmad Taufiq bin Wan Ali di talian 07-2249244 samb 1048. Kerjasama dan tindakan segera tuan berhubung perkara ini didahului ucapan terima kasih.

 Peringatan CTL 102021

 

UNIT PENGURUSAN DANA 

JANM JOHOR