Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Johor sedang dalam proses pengumpulan dan pengemaskinian maklumat pegawai perakaunan di bawah lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang sedang berkhidmat di Negeri Johor.
3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pegawai yang berkenaan supaya dapat mengemaskini maklumat pegawai melalui pautan yang disertakan selewat-lewatnya pada 12 Disember 2021 (Ahad) seperti di bawah :
Pautan : https://forms.gle/QYs7mBtigsUXesYc9
4. Bagi sebarang pertanyaan berkaitan pengumpulan maklumat ini boleh menghubungi pegawai seperti di bawah :
Skim Perakaunan Nama Pegawai No Telefon & Sambungan
Akauntan Nor Zorita binti Zorkarphy 07 – 2249244 samb 1003
Penolong Akauntan Suryani binti Supaat 07 – 2249244 samb 1069
Pembantu Akauntan Rafidah binti Mohd Ali 07 – 2249244 samb 1098
5. Bersama-sama ini disertakan surat yang berkaitan dan yang menerangkan maksudnya.
Sekian terima kasih.
JANM NEGERI JOHOR