Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Semua PTJ Dibawah Seliaan
JANM Negeri Johor
Tuan/ Puan
SOAL SELIDIK MENGENAI TAHAP PENGGUNAAN/ PEMAHAMAN LAPORAN DI PORTAL iGFMAS OLEH PTJ
Dimaklumkan JANM sedang dalam tindakan bagi mendapatkan input mengenai tahap penggunaan dan kefahaman pegawai di PTJ terhadap laporan-laporan di portal iGFMAS. Ini adalah bagi mengenalpasti punca laporan-laporan di portal iGFMAS tidak gunakan sepenuhnya dan mengenalpasti kaedah yang efisien bagi penyampaian maklumat untuk mempertingkatkan tahap pemahaman pegawai di peringkat PTJ.
PENYATAAN MASALAH (PROBLEM STATEMENT) BAGI SOAL SELIDIK
“JANM TELAH MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS LAPORAN DI PORTAL IGFMAS. NAMUN DIDAPATI TAHAP PENGGUNAAN LAPORAN TERSEBUT OLEH PTJ MASIH RENDAH. DIMAKLUMKAN PTJ TIDAK MAKLUM/ TIDAK MEMAHAMI LAPORAN TERSEBUT”
Sehubungan itu, PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Johor dikehendaki mengisi dan menjawab secara online mulai 11 Februari 2021 sehingga 24 Februari 2021 seperti berikut :
- Pegawai di PTJ yang perlu mengisi soal selidik adalah Ketua Unit Kewangan yang perlu mendapatkan maklumbalas daripada pegawai yang berkaitan
- Borang soal selidik tersebut boleh diakses melalui pautan berikut :https://forms.gle/Amd7GrAzABmfdJR68
Kerjasama tuan dalam turut serta menyertai soal selidik ini amatlah dihargai.
Terima kasih.
JANM NEGERI JOHOR