Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 1 Tahun 2023 (DEPOSIT), SPANM Bil. 5 Tahun 2023 (VOT), SPANM Bil 3 Tahun 2019 (HASIL), Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP10.4 dan SPANM Bil 4 tahun 2021 (AMANAH) kesemua SIJIL PENGESAHAN BAKI di atas perlu dikemukakan selewat-lewatnya 14 haribulan bulan berikutnya. Berdasarkan rekod Jabatan ini masih tidak menerima SIJIL PENGESAHAN BAKI berkenaan dari pihak PTJ YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/Puan dalam tempoh ditetapkan.
2. Sehubungan itu kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan SPB tersebut selewat-lewatnya pada 31/08/2024
3. Kelewatan atau kegagalan mengemukakan Sijil Pengesahan Baki tersebut akan menyebabkan ketidakpatuhan kepada Arahan Perbendaharaan 143 (b).
Maklumat dan surat peringatan adalah seperti dilampiran.
i) Pengesahan Baki Vot :PERINGATAN BAKI VOT
ii) Pengesahan Baki Hasil : PERINGATAN SPB HASIL 072024
iii) Pengesahan Baki Amanah : PERINGATAN SPB AMANAH 072024
iv) Pengesahan Baki Deposit : PERINGATAN SPB DEPOSIT 072024
Sekian, terima kasih.
Unit Akaun
JANM Johor
19.08.2024