Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ruj Kami : JANM.JHR.100-9/2/2 Jld.3 (22)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Tuan / Puan,
EDARAN SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) TATACARA PENGURUSAN BAYARAN KEMAS KINI 29 OGOS 2024

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengemaskini Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2023 – Tatacara Pengurusan Bayaran bertarikh 29 Ogos 2024 selaras dengan surat Kementerian Kewangan rujukan MOF.BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.5 (12) bertarikh 12 Ogos 2024 berkaitan penggunaan Bon Ganti Rugi (Indemnity Bond)/Akuan Ganti Rugi dan Surat Akaun Sumpah/Borang Akuan AM80 sebagai dokumen sokongan bagi pembayaran kepada waris penjawat awam dan bukan penjawat awam bagi amaun pembayaran di bawah RM2,000. SPANM yang telah dikemas kini telah dimuat naik ke dalam Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling – Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) pada 2 September 2024.
3. Dikemukakan bersama ini SPANM Bil. 5 Tahun 2023 kemas kini 29 Ogos 2024 berserta dengan Ringkasan Pengemaskinian SPANM (Lampiran 1) untuk makluman dan tindakan YBhg. Datin/Tuan/Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan (UKPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor
3 September 2024


HEBAHAN DAN TINDAKAN INI ADALAH UNTUK PUSAT TANGGUNGJAWAB JABATAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR SAHAJA