Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,


Adalah dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang menjalankan Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan iGFMAS dan ePayslip Tahun 2024. Hasil kajian akan digunakan untuk menambahbaik kualiti dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. 

      

3.        Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dipohon mengisi dan menjawab soal selidik tersebut secara dalam talian (online) mulai 20 September sehingga 31 Oktober 2024. Jasa baik YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan juga dipohon untuk memaklumkan kepada pegawai-pegawai di Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing untuk meluangkan masa bagi melengkapkan soal selidik ini. Borang soal selidik boleh diakses melalui kaedah berikut :

i.      Laman web JANM di www.anm.gov.my > Utama > Pengumuman dan pilih Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan iGFMAS dan ePayslip Tahun 2024; atau

ii.              Pautan : https://forms.gle/Q4WrGAaRwH3id66P6

4.        Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.