Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) rujukan JANM.600-2/2/4(8) bertarikh 16 Oktober 2024 adalah berkaitan.

Sehubungan  itu,  pihak  YBhg.  Dato’/Datin/Tuan/Puan hendaklah  menyediakan  Pengesahan  Baki  Kod  Akaun yang berkaitan mengikut format yang ditetapkan.  Panduan Penyediaan dan Penyerahan KKS adalah seperti di Lampiran 1. Senarai Semak, Format Pengesahan Baki Mengikut Kod Akaun dan Senarai Laporan SPL0_860000030 boleh diakses melalui pautan  https://bit.ly/KKS_AKRUAN_INTERIM2024_PTJ

Kerjasama YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah diharapkan untuk memastikan PTJ dibawah seliaan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan mengemukakan Pengesahan Baki sebanyak 4 salinan asal yang telah ditandatangani, lengkap dengan cap rasmi jabatan dan diserahkan secara serahan tangan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor selewat-lewatnya 28 Oktober 2024 (Isnin) . Sebarang  pertanyaan berhubung dengan penyediaan Pengesahan Baki Akaun ini, pihak YBhg. Dato /Datin/Tuan/Puan boleh merujuk kepada pegawai seperti di Lampiran 2.

SURAT PENYEDIAAN DAN PENYERAHAN KERTAS KERJA SOKONGAN (KKS) PENUTUPAN AKUAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2024 ( LEJAR AKRUAN) DISINI

LAMPIRAN 1_PANDUAN PENYEDIAAN DAN PENYERAHAN KERTAS KERJA SOKONGAN INTERIM TAHUN KEWANGAN 2024. DISINI

LAMPIRAN 2_SENARAI PTJ MENGIKUT PIC DISINI

Sekian, terima kasih,

Unit Akaun
JANM JOHOR
17.10.2024