YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan,
PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN PANJAR WANG RUNCIT (PWR) BAGI PENUTUPAN AKAUN KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN KEWANGAN 2024
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Semua pemegang PWR dikehendaki mengemukakan dua (2) salinan asal laporan-laporan berikut kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Johor selewat-lewatnya pada 06 Januari 2025 (Isnin):
i. Laporan Buku Wang Runcit sehingga 31 Disember 2024;
ii. Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit Pada 31 Disember 2024;
iii. Lampiran I: Senarai Rekupmmen Yang Diminta Tetapi Belum Dijelaskan Pada 31 Disember 2024;
iv. Lampiran II: Senarai Baucar Kecil Yang Belum Dibuat Rekupmen Pada 31 Disember 2024.
2. Bersama-sama ini disertakan Tatacara Penyediaan Buku Wang Runcit dan Tatacara Penyediaan Sijil Perakuan Panjar seperti di Lampiran 1 bagi tujuan rujukan YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai Unit Akaun seperti berikut:
i. Pn Kalsum Binti Aswadi No. Tel : 07-2249244 samb 1157
ii. Pn Azimah Binti Hamzah No. Tel : 07-2249244 samb 1152
iii. Pn Intan Baizura Binti Megat Hussin No. Tel : 07-2249244 samb 1021
3. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi tarikh yang ditetapkan amatlah dihargai bagi memastikan Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 berjalan lancar dan teratur.

Maklumat dan surat peringatan adalah seperti dilampiran.
Sekian, terima kasih.