Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa satu kajian soal selidik bagi mengenal pasti tahap kepuasan pelanggan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2024 sedang dijalankan bermula 27 JANUARI 2025 sehingga 26 FEBRUARI 2025. Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu pihak pengurusan merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian di masa hadapan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan JANM. 

3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan sebagai pelanggan JANM Johor untuk menjawab kajian ini. 

Link Kajian Kepuasan Pelanggan JANM Tahun 2024 adalah seperti berikut :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScnOqHTXmysUtZkUCWIitS3Hr5LJ8M1JZGRPKha_ZkVLjor0Q/viewform?pli=1

4.         Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih. 

Unit Pengurusan Prestasi

JANM Johor

4 Februari 2025