PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI VOT, HASIL, AMANAH DAN DEPOSIT BAGI BULAN OKTOBER 2025
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sepertimana YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/Tuan/Puan sedia maklum, semua Pusat Tanggungjawab perlu mengemukakan Sijil Pengesahan Baki Vot, Baki Hasil Terimaan, Baki Amanah dan Baki Deposit kepada Pejabat Perakaunan selewat-lewatnya 14 haribulan pada bulan berikutnya. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/Tuan/Puan adalah diminta untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki yang lengkap bagi bulan Oktober 2025 ke jabatan ini sebelum atau pada 14 November 2025 melalui pautan berikut :-
Pengesahan Baki Vot : https://bit.ly/SPBVOTOKT2025
Pengesahan Baki Hasil : https://bit.ly/SPBHASILOKT2025
Pengesahan Baki Amanah : https://bit.ly/SPBAMANAK_OKT2025
Pengesahan Baki Deposit : https://bit.ly/SPBDEPOSITOKT2025
3. Perhatian dan tindakan daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai. Klik disini.
Sekian, terima kasih.
Unit Akaun
JANM Johor
31.10.2025



