YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 6 Tahun 2025 mengenai tarikh akhir proses dokumen kewangan bagi tahun kewangan 2025.
Semua pemegang PWR dikehendaki mengemukakan dua (2) salinan asal laporan-laporan berikut kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Johor selewat-lewatnya pada 07 Januari 2026 (Rabu):
i. Laporan Buku Wang Runcit sehingga 31 Disember 2025;
ii. Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit Pada 31 Disember 2025;
iii. Lampiran I: Senarai Rekupmmen Yang Diminta Tetapi Belum Dijelaskan Pada 31 Disember 2025;
iv. Lampiran II: Senarai Baucar Kecil Yang Belum Dibuat Rekupmen Pada 31 Disember 2025.
2. Bersama-sama ini disertakan Tatacara Penyediaan Buku Wang Runcit dan Tatacara Penyediaan Sijil Perakuan Panjar seperti di Lampiran 1 bagi tujuan rujukan YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai Unit Akaun seperti berikut:
i. Pn Kalsum Binti Aswadi No. Tel : 07-2249244 samb 1158
ii. Pn Nurul Nadira Binti Shadan No. Tel : 07-2249244 samb 1061
3. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi tarikh yang ditetapkan amatlah dihargai bagi memastikan Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 berjalan lancar dan teratur.
*TATACARA PENYEDIAAN SIJIL PERAKUAN PANJAR
Sekian, Terima Kasih.
UNIT AKAUN
01.01.2026



