YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Tatacara Pengurusan Panjar pada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 2 Tahun 2021 , Pemegang Panjar iaitu Ketua Jabatan/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang menerima kuasa di bawah Arahan Perbendaharaan 11 adalah bertanggungjawab menyelenggara laporan dan dokumen panjar serta melaksanakan tindakan penutupan bulanan Panjar pada hari terakhir bekerja setiap bulan.
2. Sehubungan itu, bagi memastikan proses penutupan bulanan adalah teratur dan dapat dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan, disertakan Surat dan Lampiran 1 bagi rujukan dan tindakan tuan/puan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai Unit Akaun seperti berikut:

i. Pn Kalsum Binti Aswadi No. Tel : 07-2249244 samb 1158
ii. Pn Nurul Nadira Binti Shadan No. Tel : 07-2249244 samb 1061
3. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi tarikh yang ditetapkan amatlah dihargai bagi memastikan Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 berjalan lancar dan teratur.
Sekian, Terima Kasih.
UNIT AKAUN
08.01.2026