SEMUA KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB,
JABATAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR.
YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan surat rujukan JANM.600-2/2/4(18) bertarikh 13 Oktober 2025 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa Kertas Kerja Sokongan (KKS) bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-PeraIihan Tahun Kewangan 2025 (Lejar Akruan) perlu disediakan bagi tujuan pengauditan. Bagi memastikan dokumen kewangan yang diperlukan adalah lengkap dan sempurna untuk dikemukakan kepada Ketua Audit Negara, semua Ketua Jabatan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Membayar hendaklah mengambil perhatian ke atas perkara berikut:
2.1 Memastikan semakan dibuat bagi mengesahkan maklumat di Laporan Portal iGFMAS adalah tepat seperti di Laporan SPL0_860000030 bagi kod akaun yang terlibat untuk PTJ masing-masing.
2.2 Pengesahan baki hendaklah disediakan dengan lengkap dan tepat mematuhi format yang telah ditetapkan. (Sila Rujuk Panduan Penyediaan seperti di Lampiran 1).
2.3 Mengemukakan empat (4) set dokumen asal Pengesahan Baki yang telah ditandatangani pengesahan, lengkap dengan cap rasmi jabatan dan dokumen sokongan yang berkaitan. Tindakan penyerahan melalui serahan tangan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Johor (u.p: Unit Akaun) hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 5 Mac 2026 (Khamis).
3. Sebagai panduan tindakan penyediaan oleh PTJ, senarai terperinci Laporan SPL0_860000030, format yang berkaitan dan makluman pengemaskinian terkini lejar akruan (sekiranya ada) boleh diakses melalui pautan https://bit.ly/KKS202531122025PTJ Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini, YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh merujuk kepada senarai direktori pegawai-pegawai Unit Akaun, JANM Johor seperti di Lampiran 2.
4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan untuk mematuhi panduan serta tarikh yang ditetapkan amatlah dihargai bagi memastikan Kertas Kerja Sokongan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan bagi Tahun Kewangan 2025 dapat disediakan dengan lengkap dan teratur.
SURAT KKS AKRUAN 2026 KEPADA PTJ
Unit Akaun



