Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 1 Tahun 2023 (DEPOSIT), SPANM Bil. 5 Tahun 2023 (VOT), SPANM Bil 3 Tahun 2025 (HASIL), Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP10.4 dan SPANM Bil 4 tahun 2021 (AMANAH) kesemua SIJIL PENGESAHAN BAKI di atas perlu dikemukakan selewat-lewatnya 14 haribulan bulan berikutnya. Berdasarkan rekod Jabatan ini masih tidak menerima SIJIL PENGESAHAN BAKI berkenaan dari pihak PTJ YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/Puan dalam tempoh ditetapkan.
 
2. Sehubungan itu kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan SPB tersebut selewat-lewatnya pada  31 MAC 2026.
 
3. Kelewatan atau kegagalan mengemukakan Sijil Pengesahan Baki tersebut akan menyebabkan ketidakpatuhan kepada Arahan Perbendaharaan 143 (b).
 
Maklumat dan surat peringatan adalah seperti dilampiran.

SPB VOT FEBRUARI 2026

SPB DEPOSIT FEBRUARI 2026

SPB AMANAH FEBRUARI 2026

SPB HASIL FEBRUARI 2026

Sekian terima kasih

 

Unit Akaun

16.03.2026