Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,

PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI VOT, HASIL, AMANAH DAN DEPOSIT BAGI BULAN JUN 2026

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sepertimana YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/Tuan sedia maklum, semua Pusat Tanggungjawab perlu mengemukakan Sijil Pengesahan Baki Vot, Baki Hasil Terimaan, Baki Amanah dan Baki Deposit kepada Pejabat Perakaunan selewat-lewatnya 14 haribulan pada bulan berikutnya. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/Tuan adalah diminta untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki yang lengkap bagi bulan Jun 2026 ke jabatan ini sebelum atau pada 14 Julai 2026 melalui pautan berikut :-

Pengesahan Baki Vot   : https://bit.ly/SPBVOTJUN26
Pengesahan Baki Hasil : https://bit.ly/SPBHASILJUN2026
Pengesahan Baki Amanah : https://bit.ly/SPBAMANAHJUN26
Pengesahan Baki Deposit : https://bit.ly/SPBDEPOSITJUN2026

3. Perhatian dan tindakan daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

SURAT PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI BULAN JUN 2026 30062026