Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga kerja yang telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen, dedikasi, integriti dan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi dan pelanggan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua warga JANM Negeri Johor untuk terus membudayakan kecemerlangan, meningkatkan profesionalisme serta menyampaikan perkhidmatan awam yang berkualiti demi kemajuan organisasi dan negara.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima.

𝐓𝐮𝐥𝐮𝐬 𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚:
Pengarah dan seluruh warga
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor

#AnugerahPerkhidmatanCemerlang
#APC