Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

SURAT PERINGATAN : TINDAKAN KE ATAS PINDAHAN DANA ELEKTRONIK (EFT) TERBATAL SEHINGGA 31 OGOS 2026

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa berdasarkan semakan Jabatan ini, didapati terdapat transaksi Pindahan Dana Elektronik (EFT) Ditolak/ Cek Terbatal bagi PTJ yang masih belum dibuat tindakan penggantian/ pelarasan sehingga 31 Ogos 2026 seperti di LAMPIRAN A. Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023, Tatacara Pengurusan Bayaran – Lampiran G ( Garis Panduan Tatacara Pengurusan EFT Ditolak/ Cek Terbatal), PTJ adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan tatacara seperti berikut : 

 

  1. Tindakan semak Laporan Cek/ EFT Batal Belum Ganti secara harian;

  2. Tindakan semak Laporan Senarai Cek/ EFT Dibatalkan secara harian;

  3. Semak transaksi yang ditolak untuk mengenalpasti punca penolakan. PTJ perlu menentukan tindakan penggantian/ pelarasan, atau membuat pelarasan terlebih dahulu sebelum tindakan penggantian boleh dibuat;

  4. Melengkapkan LAMPIRAN B (G2) iaitu Borang Penggantian/ Pelarasan dalam tempoh tujuh (7) hari dengan disertakan dokumen sokongan yang dinyatakan pada LAMPIRAN C (G5) untuk tindakan penyediaan Arahan Pembayaran (Rujuk MPK-AP 15 dan 17: Proses Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan) atau Baucar Jurnal (KJ – Jurnal Biasa Pelarasan) (Rujuk MPK AP – 20 : Proses Penyediaan Baucar Jurnal). 

  5. Bagi penggantian/ pelarasan EFT Ditolak/ Cek Terbatal sebelum tahun 2018, PTJ hendaklah menghantar Borang Penggantian/ Pelarasan tersebut ke Pejabat Perakaunan untuk tindakan selanjutnya.

 

3. Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan seperti yang dinyatakan di Para 2 di atas. PTJ perlu mengemaskini status tindakan yang telah diambil ke atas semua transaksi EFT Ditolak/ Cek Terbatal tersebut selewat-lewatnya pada 14 September 2026 melalui pautan https://bit.ly/EFTBATALOGOS2026

 

9.9.2026 SURAT PERINGATAN EFT TERBATAL SEHINGGA 31 OGOS 2026