Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

SEMUA KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB
JABATAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR


YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

PENYEDIAAN DAN PENYERAHAN KERTAS KERJA SOKONGAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2026 (LEJAR AKRUAN) – PENUTUPAN AKAUN INTERIM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan surat rujukan JANM.600-2/2/4(22) bertarikh 2 Oktober 2026 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa Kertas Kerja Sokongan (KKS) bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-PeraIihan Tahun Kewangan 2026 (Lejar Akruan) perlu disediakan bagi  tujuan  pengauditan. Bagi memastikan dokumen kewangan yang diperlukan adalah lengkap dan sempurna untuk dikemukakan kepada Ketua Audit  Negara, semua Ketua Jabatan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Membayar hendaklah mengambil perhatian ke atas perkara berikut:2.1 Memastikan semakan dibuat bagi mengesahkan maklumat di Laporan Portal
iGFMAS adalah tepat seperti di Laporan SPL0_860000030 bagi kod akaun yang terlibat untuk PTJ Membayar masing-masing.
2.2 Pengesahan Baki hendaklah disediakan dengan lengkap dan tepat mematuhi format yang telah ditetapkan. (Sila rujuk Panduan Penyediaan seperti di Lampiran 1).
2.3 Mengemukakan empat (4) set dokumen asal Pengesahan Baki yang telah disahkan beserta tandatangan, lengkap dengan cap rasmi Jabatan dan dokumen sokongan yang disahkan salinan benar daripada yang asal. Tindakan penyerahan melalui serahan kepada kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Negeri Johor (u/p: Unit Akaun) hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 23 Oktober 2026 (Jumaat).

3. Sebagai panduan tindakan penyediaan oleh PTJ, maklumat senarai terperinci Laporan SPL0_860000030 dan format yang berkaitan boleh diakses melalui pautan https://bit.ly/KKSInterimAkruan2026 . Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini, YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh merujuk kepada senarai direktori pegawai-pegawai Unit Akaun, JANM Johor melalui pautan yang sama.

Sekian terima kasih.
Unit Akaun
13.10.2026

SURAT PENYEDIAAN DAN PENYERAHAN KKS AKRUAN 2026