Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, 


Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 


2.    Dimaklumkan bahawa satu Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2026 diadakan bermula 15 Oktober 2026 (Khamis) sehingga 23 November 2026 (Isnin). Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan sebagai PTJ/Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/Pusat Terimaan dijemput untuk menjawab kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di JANM Negeri/ Cawangan termasuk Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF). Link dan QR Kod Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2026 adalah seperti berikut: https://forms.gle/2MfrNJq2aY6EzziS9 


 3.    Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai. 


Sekian, terima kasih.

 


Unit Pengurusan Prestasi
JANM Negeri Johor
20 Oktober 2026