Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa berdasarkan semakan Jabatan ini, didapati terdapat transaksi Pindahan Dana Elektronik (EFT) Ditolak/ Cek Terbatal bagi PTJ yang masih belum dibuat tindakan penggantian/ pelarasan sehingga 31 Oktober 2026 seperti di LAMPIRAN A. Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023, Tatacara Pengurusan Bayaran – Lampiran G ( Garis Panduan Tatacara Pengurusan EFT Ditolak/ Cek Terbatal), PTJ adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan tatacara seperti berikut :


Tindakan semak Laporan Cek/ EFT Batal Belum Ganti secara harian;

Tindakan semak Laporan Senarai Cek/ EFT Dibatalkan secara harian;

Semak transaksi yang ditolak untuk mengenalpasti punca penolakan. PTJ perlu menentukan tindakan penggantian/ pelarasan, atau membuat pelarasan terlebih dahulu sebelum tindakan penggantian boleh dibuat;

Melengkapkan LAMPIRAN B (G2) iaitu Borang Penggantian/ Pelarasan dalam tempoh tujuh (7) hari dengan disertakan dokumen sokongan yang dinyatakan pada LAMPIRAN C (G5) untuk tindakan penyediaan Arahan Pembayaran (Rujuk MPK-AP 15 dan 17: Proses Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan) atau Baucar Jurnal (KJ – Jurnal Biasa Pelarasan) (Rujuk MPK AP – 20 : Proses Penyediaan Baucar Jurnal).

Bagi penggantian/ pelarasan EFT Ditolak/ Cek Terbatal sebelum tahun 2018, PTJ hendaklah menghantar Borang Penggantian/ Pelarasan tersebut ke Pejabat Perakaunan untuk tindakan selanjutnya.


3. Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan seperti yang dinyatakan di Para 2 di atas. PTJ perlu mengemaskini status tindakan yang telah diambil ke atas semua transaksi EFT Ditolak/ Cek Terbatal tersebut selewat-lewatnya pada 14 November 2026 melalui pautan https://bit.ly/LAPORANEFTBATALOKT2026

SURAT PERINGATAN EFT BATAL OKT 2026

Unit Akaun
4.11.2026