PENGUMUMAN:
YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) Pembayaran Emolumen Pegawai Awam
Adalah dimaklumkan, semakan tambahan (second validation) ke atas pembayaran emolumen pegawai awam akan dilaksanakan pada suku pertama 2023 bagi meningkatkan
kecekapan, keberkesanan dan akauntabiliti pembayaran Kerajaan.
Sehubungan itu YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan, perlu memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank di dalam
sistem iGFMAS adalah SAMA dengan maklumat di sistem bank.
Perbezaan maklumat antara sistem iGFMAS dan sistem bank akan menyebabkan pembayaran gaji pegawai tidak berjaya.
Kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk menyemak dan mengemas kini maklumat Nombor Kad Pengenalan dan nombor
akaun bank (jika perlu) di dalam sistem iGFMAS atau sistem bank.
TEMPLATE 2ND VALIDATION YANG BELUM DIKEMASKINI BAGI PEMBAYARAN KERAJAAN
Sekian, terima kasih.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)