Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 2 Tahun 2021, adalah menjadi tanggungjawab pemegang panjar untuk menjana dan mengesahkan Sijil Perakuan Panjar bagi tujuan penutupan akhir tahun. Sehubungan itu, Pemegang Panjar dikehendaki menghantar Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit dan Laporan Buku Wang Runcit iGFMAS bagi tempoh 31 Disember 2023 sebanyak 2 salinan asal mengikut tatacara dan garis panduan yang disertakan (rujuk Lampiran 1). Pemegang Panajar juga dikehendaki memastikan Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit dan Laporan Buku Wang Runcit iGFMAS mengambil kira perkara berikut;


i. Baki buku tunai adalah bersamaan dengan jumlah apungan yang diluluskan
ii. Tiada Perbezaan baki Buku Wang Runcit dan Wang Tunai di Tangan

4. Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit dan Buku Wang Runcit hendaklah dihantar ke Jabatan ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 11 Januari 2023 (Khamis). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai Unit Akaun dibawah:-

i. Pn Kalsum Binti Aswadi
No Tel  : 07-2249244 samb 1157

ii. Pn Azimah Binti Hamzah
No Tel  : 07-2249244 samb 1152

 SURAT PENYERAHAN SIJIL PANJAR DISINI