Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Dato' / Datin / Tuan / Puan,
 
Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas.
 
2. Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 2 Tahun 2021, Akaun Penyelesaian Panjar (A2911101/T0899101) hendaklah disifarkan sebelum penutupan  akaun akhir tahun. SPANM Bilangan 2 Tahun 2021 juga menetapkan penutupan bulanan Panjar Wang Runcit dan Panjar Khas adalah pada hari terakhir bekerja setiap bulan. Bagi memastikan operasi panjar berjalan lancar dan akaun penyelesaian panjar berbaki sifar, tiga proses berikut perlu diselesaikan dalam bulan yang sama:

(i) Proses arahan pembayaran rekupmen (Modul Panjar)
(ii) Pembayaran rekupmen (Modul AP)
(iii) Penerimaan rekupmen (Modul Panjar)

3. Sehubungan itu. semua pemegang  panjar perlu memastikan proses Penerimaan Rekupmen (C5) bagi penutupan bulanan PWR dan Panjar Khas dibuat selewat-lewatnya pada hari terakhir bekerja bagi setiap bulan seperti ketetapan di Lampiran 1). Surat Peringatan akan dikeluarkan bagi kegagalan pemegang panjar menyelesaikan proses C5 seperti yang ditetapkan.
 
PROSES PENERIMAAN REKUPMEN DISINI