SEMUA KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB
JABATAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR
YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
PENGHANTARAN PERMOHONAN PENGGUNAAN KOD AKAUN LEBIHAN ATAU KURANGAN TERKUMPUL [RETAINED EARNINGS (RE)] TAHUN 2026 BAGI AKAUN BELUM TERIMA (ABT)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa permohonan Penggunaan Kod Akaun Lebihan Atau Kurangan Terkumpul [RETAINED EARNINGS (RE)] bagi pembatalan invois melangkau tahun telah dibuka kepada semua PTJ mulai 1 April 2026.
3. Sehubungan itu, PTJ yang terlibat hendaklah mengemukakan permohonan bagi Fasa 2 kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2026 (Jumaat).
4. Bersama-sama ini disertakan dokumen seperti berikut untuk rujukan dan tindakan pihak tuan selanjutnya:
i) Garis Panduan Permohonan Penggunaan Kod Akaun Lebihan Atau Kurangan Terkumpul [RETAINED EARNINGS (RE)],
ii) Tatacara Pembatalan Invois,
iii) Senarai Semak permohonan seperti di Lampiran B.
5. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung dengan perkara ini, pihak YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Cik Suhaila binti Hassan di talian 07-2249244 samb.1056 atau secara e-melAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .
JABATAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR
YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
PENGHANTARAN PERMOHONAN PENGGUNAAN KOD AKAUN LEBIHAN ATAU KURANGAN TERKUMPUL [RETAINED EARNINGS (RE)] TAHUN 2026 BAGI AKAUN BELUM TERIMA (ABT)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa permohonan Penggunaan Kod Akaun Lebihan Atau Kurangan Terkumpul [RETAINED EARNINGS (RE)] bagi pembatalan invois melangkau tahun telah dibuka kepada semua PTJ mulai 1 April 2026.
3. Sehubungan itu, PTJ yang terlibat hendaklah mengemukakan permohonan bagi Fasa 2 kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2026 (Jumaat).
4. Bersama-sama ini disertakan dokumen seperti berikut untuk rujukan dan tindakan pihak tuan selanjutnya:
i) Garis Panduan Permohonan Penggunaan Kod Akaun Lebihan Atau Kurangan Terkumpul [RETAINED EARNINGS (RE)],
ii) Tatacara Pembatalan Invois,
iii) Senarai Semak permohonan seperti di Lampiran B.
5. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung dengan perkara ini, pihak YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Cik Suhaila binti Hassan di talian 07-2249244 samb.1056 atau secara e-mel
6. Perhatian dan tindakan daripada pihak YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Akaun
06.07.2026



