Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

SEMUA KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB
JABATAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR


YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

PENGHANTARAN PERMOHONAN PENGGUNAAN KOD AKAUN LEBIHAN ATAU KURANGAN TERKUMPUL  [RETAINED EARNINGS (RE)] TAHUN 2026 BAGI
AKAUN BELUM TERIMA (ABT)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa permohonan Penggunaan Kod Akaun Lebihan Atau Kurangan Terkumpul  [RETAINED EARNINGS (RE)] bagi pembatalan invois melangkau tahun telah dibuka kepada semua PTJ mulai 1 April 2026.

3. Sehubungan itu, PTJ yang terlibat hendaklah mengemukakan permohonan bagi Fasa 1 kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 30 Jun 2026 (Selasa).

4. Bersama-sama ini disertakan dokumen seperti berikut untuk rujukan dan tindakan pihak tuan selanjutnya:
        i) Garis Panduan Permohonan Penggunaan Kod Akaun Lebihan Atau Kurangan Terkumpul  [RETAINED EARNINGS (RE)],
ii) Tatacara Pembatalan Invois,
iii) Senarai Semak permohonan seperti di Lampiran B.

5. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung dengan perkara ini, pihak YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Cik Suhaila binti Hassan di talian 07-2249244 samb.1056 atau secara e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
6. Perhatian dan tindakan daripada pihak YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih

SURAT PENGHANTARAN PERMOHONAN RE

Tatacara Tindakan dan Borang Pembatalan Invois

Lampiran Panduan Permohonan Penggunaan Kod Akaun Lebihan atau Kurang

Lampiran A

Lampiran B

Unit Akaun
29 April 2026